Header Ads

"Rakyat Malaysia Dapat RM16 Juta Main Game Dota 2"



27 Ogos: Siapa yang tidak pernah berangan-angan untuk menjadi seorang jutawan? KS pasti setiap dari kita pasti inginkan kemewahan dan kekayaan.

Namun siapa sangka dengan hanya bermain video permainan mampu menjadikan seseorang itu jutawan segera?

Terkini seorang lagi rakyat Malaysia menjadi jutawan segera setelah memenangi pertandingan Dota 2 The International 8 di tempat kedua.

Yap Jian Wei atau lebih dikenali dengan nama xNova oleh peminat permainan video game dota 2 bersama empat ahli kumpulan dari kumpulan PSG.LGD membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$4,075,965 atau bersamaan (RM16,678,810).

Pertandingan yang berlangsung di Vancouver, Kanada ini menyaksikan wakil Eropah OG menjadi juara dan membawa pulang piala Aegis dan wang tunai berjumlah AS$11,208,905 atau (RM45,861,234).

Dota 2 yang dianjurkan setiap tahun merupakan kejohanan paling lumayan dalam arena e-sukan dan menghimpunkan pasukan terbaik dari seluruh dunia.

Hadiah keseluruhan tahun ini bagi kejohanan Dota 2 bernilai lebih AS25.4 juta (RM103 juta) iaitu lebih hampir AS$1 juta berbanding tahun lalu.

Untuk rekod e-sukan turut dipertandingkan buat kali pertama pada temasya Sukan Asia tahun ini sebagai acara demonstrasi dengan pingat yang diraih tidak dikira dalam pungutan keseluruhan.

JANGAN LUPA SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a