Header Ads

'Rambut pakwe lagi cantik dari rambut makwe' - Gara-gara kapsyen Aweknya Lelaki Ni Jadi Viral

Bila bercakap tentang rambut, baru-baru ini ada sebuah posting menjadi tular di laman Twitter apabila seorang gadis memuat naik gambar teman lelakinya yang berambut panjang.

Walaupun mengenakan hijab, Siti Nur Saadah mendedahkan bahawa rambut jejaka tersebut kelihatan jauh lebih cantik daripadanya.

“Rambut pakwe lagi cantik dari rambut makwe ,” tulis Saadah menerusi Twitter miliknya.



Posting tersebut menarik perhatian orang ramai dan diulang kicau sebanyak 6,025 kali dengan mendapat 5,208 tanda suka.

Menurut gadis yang menetap di Kluang, Johor itu, kekasihnya Muhamed Haziq telah lama menyimpan dan ‘membela’ rambut itu hingga panjang paras bawah bahu.




Dia juga memberitahu bahawa Haziq juga menggunakan syampu jenama Safi Shayla serta rajin memakai minyak rambut bagi melembutkan setiap helaian di kepalanya.

Malah Haziq turut mempunyai seorang adik lelaki, Haiqal yang tampil berambut panjang dan memiliki wajah seiras dengannya.



Antara koleksi gambar mereka berdua.. Tapi ada juga yang cakap muka diaorang ni nampak macam pasangan adik beradik atau kembar pulak. Jodoh la 

Sumber : ctnursaadah
-www.kakishare.tv


JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a