Header Ads

"Salah Tembak Orang, Polis Bayar Pampasan RM59 Juta Kepada Keluarga"

gambar sekadar hiasan

29 Ogos: Perbadanan Los Angeles telah membayar pampasan AS$14.34 juta atau lebih kurang RM59 juta kepada keluarga seorang lelaki ditembak mati secara salah oleh polis ketika usaha mengesan seorang penjenayah dikehendaki.

Hal ini selepas timbalan sherif menyangka Frank Mendoza seorang penjenayah pada 1 Ogos 2014 sehingga menembaknya.

Cedric Ramirez, 24, memecah masuk rumah Mendoza ketika dikejar polis di kawasan kejiranan Pico Rivera di Los Angeles.

Beberapa anggota keluarga beliau berjaya melarikan diri dari rumah.

Namun apabila Mendoza cuba melarikan diri menerusi pintu depan, polis tersalah sangka beliau ialah Ramirez dan menembak mangsa di dahi dan kaki.

Keluarga Mendoza memfailkan saman terhadap Perbandaran Los Angeles dan Jabatan Sherif selepas kejadian itu, mendakwa pegawai cuai.

Mendoza

JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL KAKI SHARE

 

No comments

Powered by Blogger.
a