Header Ads

'Sanggup Sekongkol Dengan Mak Sendiri Mengaku Bujang,Mak Aku Naik Bas Dari Kelantan Lah Sial' - Abang Bengang Adik Ditipu


Apabila seorang bapa meninggal dunia, segala tugas menguruskan keluarga dipikul oleh anak lelaki atau seorang abang. Segala urusan ibu dan adik beradik lain perlu dititikberatkan sehingga menjadi wali kepada adik perempuan.

Oleh kerana itu, kadangkala kita melihat apabila seorang abang mengambil alih tugas seorang bapa, abang bertukar perwatakan menjadi seorang yang tegas dan melindungi adik beradiknya.

Heboh ketika ini, status Kamazuki Junuh menjadi perhatian umum apabila dia menyelar tindakan seorang pemuda yang didakwa telah menipu adiknya. Lelaki terbabit dikatakan telah berpakat dengan ibunya menyatakan bahawa dia belum berkahwin. Adiknya dan lelaki itu telah melangsungkan pertunangan.  

Berdasarkan status di Facebook tersebut, Kamazuki begitu marah apabila mengetahui lelaki itu sudah pun berkahwin.

Bengang dengan perkhabaran itu, Kamazuki bertindak untuk menyebarkan status tersebut kepada umum. 

Silap besar kau henjut V-Tec kawasan taman perumahan kakak aku lepas kau bertunang dengan adik aku. Aku takde tapi ada orang sampaikan siap bagi nombor kereta. Aku sebenarnya malas ambil port tapi sebab kau dah buat harok tak ingat dunia nak juga aku tahu siapa bakal adik ipar aku. 


Tak sampai sejam aku tahu siapa kau dan status kereta kau. Dengan adik orang lain kau bolehlah buat apa saja.  Dengan adik aku tolong jangan.

Kalau kau nak kahwin dua, jumpa aku as a gentleman. Aku wali terdekat. Adik aku bukan sebatang kara kat JB ini. Cakap kat aku berapa duit kau ada, berapa biji rumah kau dah beli untuk bakal bini baru kau.

Yang aku marah bila kau menipu keluarga aku, conteng arang kat muka ahli keluarga aku. Mak aku naik bas dari Kelantan lah sial nak tengok anak bongsu dia bertunang. Menangis mak aku semalam bila tahu cerita sebenar.

Sumber : Facebook
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a