Header Ads

Saya pakai baju tu, ketika saya bertugas dan itu dosa saya dengan Tuhan- Fasha Sandha



18 Ogos: Nampaknya pelakon jelita Fasha Sanda sentap dengan teguran individu yang memberi komen negatif terhadap pemakaiannya di laman sosial pada ahad.

Pelakon itu mengatakan bahawa dia memakai pakaian menampakkan dada dan berpenampilan seksi hanya ketika bekerja dan ia adalah dosanya dengan tuhan.

"Saya pakai baju tu, ketika saya bertugas dan itu dosa saya dengan Tuhan. Kenapa awak yang panas sangat ni?

"Terima kasih. Lagi satu, ini IG saya, suka hati saya nak tutup komen ke nak buka komen ke nak buat apa pun, awak tak payah sibuk," tulisnya.

Fasha turut memuat naik foto wanita itu yang didakwa menulis komen negatif menegur tentang baju paras dada yang dipakai Fasha pada salah satu foto di Instagram miliknya.

Sebelum itu seorang individu yang menggunakan akaun @Monalizarazali ini meninggalkan komen, mempersoalkan tindakan pelakon itu menutup ruangan komen pada foto tersebut.

Sementara itu, Fasha menganggap tujuan individu itu menulis komen berkenaan hanya untuk meraih perhatian semata-mata.

Selain itu, pelakon Mami Jarum ini turut mengingatkan agar tidak ada lagi netizen yang memberi komen negatif dengan niat untuk membuli artis.

"Tak suka kita, tapi follow kita, suka nak ambik tau pasal kita, nak perhatian, i bagi promosi percuma pada awak. Biar pengikut awak bertambah," tulisnya.

Seorang netizen telah mempersoalkan apa yang telah dimuat naik oleh pelakon terbabit dengan mengatakan bahawa sekiranya Allah turunkan bala maka bukan fasha seorang yang kena !



Sumber: Mstar

No comments

Powered by Blogger.
a