Header Ads

“Saya pun artis, takkan saya nak tipu lot tanah tu” - Penaja



27 Ogos: Kebelakangan ini dunia hiburan heboh apabila penyanyi Aishah mendakwa ditipu oleh pihak penaja setelah memenangi Gegar Vaganza 4 (GV4).

Kecoh dari hadiah yang diberi oleh Datuk Seri Vida Fake sampailah ke lot rumah banglo yang tidak siap.

Sebelum ini pihak astro telah menghubungi Aishah untuk memberi penjelasan dan pihak astro mengatakan bahawa pihak penaja meminta sedikit masa.

Terkini penaja lot tanah banglo yang juga merupakan vokalis kumpulan pearl iaitu Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa berkata akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses tuntutan hadiah tersebut.

Amir mengatakan bahawa dia langsung tidak ada niat untuk menipu pemenang kerana dia juga seorang artis dan tambahnya dia kini dalam proses menyelesaikan hadiah yang telah dijanjikan itu.

"Proses penyerahan lot tanah itu lambat kerana syarikat kami iaitu Bina Megah Empire menghadapi sedikit masalah dalaman antara lembaga pengarah dan itulah yang menyulitkan keadaan.

"Saya tak ada niat nak menipu mereka dan masalah kelewatan ini akan diselesaikan secepat mungkin.

"Saya berjanji akan bertanggungjawab terhadap kes ini dan akan memastikan hadiah tersebut sampai ke tangan pemenang," jelasnya

Sementara itu, Amir yang pernah popular dengan lagu Aku Tak Bersalah pada tahun 1996 memberitahu dia ada berkomunikasi dengan ketiga-tiga pemenang itu dan sudah memaklumkan mengenai kelewatan tersebut.

"Saya ada hubungi Aishah, Liza Hanim dan Lan, mereka sudah dimaklumkan mengenai kelewatan ini dan komunikasi kami baik-baik sahaja.

"Namun, isu ini sudah viral dan saya tak salahkan Aishah dalam hal ini kerana memang mereka berhak menuntut hadiah tersebut.

"Insya-Allah, saya akan bertemu serta duduk semeja dengan ketiga-tiganya dan mungkin akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar," ujarnya.

Menyedari kesilapan diri dalam menguruskan tuntutan hadiah tersebut, Amir turut memohon maaf kepada ketiga-ketiga pemenang berkenaan.

"Saya minta maaf atas kelewatan pemberian hadiah ini, mereka merupakan rakan industri dan saya ini dikenali ramai. Apabila timbul isu ini, jadi tak sedap pula.

"Kalau nak tahu, syarikat saya turut menaja hadiah serupa kepada pemenang GV3 iaitu Azharina, Siti Sarah dan Zarul Husin.

"Mereka sudah menerima hadiah tersebut, cuma kali ini lambat sedikit atas sebab-sebab yang saya nyatakan itu," katanya yang tidak keberatan untuk menaja hadiah yang sama dalam program hiburan lain selepas ini.

No comments

Powered by Blogger.
a