Header Ads

"Saya sudah 11 kali minum kopi campur peluntur, tiada apa-apa kesan sampingan" - Liza Kosmetik


Penjual produk kosmetik dan kesihatan, mengakui dia sudah 11 kali minum kopi yang dicampur cecair peluntur.

Menurut pemilik akaun Facebook, Liza Kosmetik, Rusliza Abd Ghani, 25, dia bukan sahaja menjual produk kopi itu malah turut mengamalkannya.

"Saya sudah 11 kali minum kopi campur peluntur, tiada apa-apa kesan sampingan kerana kopi berkenaan mampu meneutralkan bahan peluntur termasuk racun atau bisa binatang.

"Saya terkejut bila berlaku kes di mana wanita berkenaan memberitahu hampir hilang nyawa selepas minum kopi campur peluntur itu sedangkan orang lain tidak pernah ada sebarang masalah.

"Malah, sejak berita mengenai dakwaan itu tular, Facebook saya juga turut diserang 'keyboard warriors' dan mengecam saya," katanya ketika ditemui.


Tambah Rusliza yang menjadi ejen kopi berkenaan di kawasan Jeli, dia hanya memenuhi ajakan rakan untuk turut serta ke majlis demonstrasi berkenaan. Terdahulu, seorang suri rumah mendakwa nyaris maut apabila mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital selepas beberapa jam minum kopi yang dicampur cecair peluntur.


Mangsa, Siti Hajar Abdullah, 30, dari Taman Agropolitan Rantau Manis, berkata, dia memberanikan diri mencuba campuran berkenaan selepas diberitahu ia adalah sejenis kopi anti racun.

Kata ibu kepada empat anak ini, dia terpengaruh dengan keberkesanan kopi tersebut kerana sebelum ini disahkan menghidap komplikasi penyakit termasuk buah pinggang, jantung, darah tinggi dan bengkak hati.

 

Sumber : Sinar Harian.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a