Header Ads

Selepas 2 Hari Kehilangan Isteri,Anak Pula Dijemput Illahi,Netizen Sebak Penjaga Gol N9 Ni Luah Kerinduan.

Penjaga gol skuad pasukan bola sepak Negeri Sembilan, Mohd Kaharuddin beberapa hari lalu melalui kehilangan terbesar dalam hidupnya apabila isteri dan anaknya meninggal dunia dalam jarak masa yang dekat.

Berita kehilangan itu turut diumumkan melalui akaun rasmi Twitter Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dan laman rasmi Instagram Kaharuddin sendiri.



Pengalaman sedih ini memberi impak kepada pemain bola sepak berusia 27 tahun.  Dikhabarkan isterinya meninggal dunia selepas melahirkan bayi perempuan diberi nama Sumayyah dan 2 hari selepas itu, bidadari kecil tersebut mengalami komplikasi dan turut meninggal dunia.




Rata-rata netizen dan penyokong beliau memberi kata-kata semangat dan kami disini juga turut mendoakan semoga Kaharuddin diberikan kekuatan. Takziah, Al-Fatihah.


Sumber : Instagram mohdkaharuddin
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a