Header Ads

Sharnaaz Mengamuk Di IG,Gara-Gara Isu Majikan Buat Pekerja Stress Bakal Dikenakan Tindakan

Isu kononnya Kementerian Sumber Manusia akan mengenakan tindakan pada majikan yang menekan pekerja untuk bekerja telah mendapat perhatian dari pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menerusi Instagramnya, pelakon utama drama bersiri Bukan Kerna Aku Tak Cinta itu telah memuat naik gambar screenshot sebuah artikel dengan menteri sumber manusia yang mengeluarkan undang-undang baru terhadap pekerja.


Kapsyen beliau yang mencadangkan menembak kepala pekerja dengan senapang gajah kerana aturan ini mengakibatkan pekerja menjadi semakin malas pada gambar tersebut telah menarik perhatian pengikutnya.

Rata-rata netizen bagaimanapun bersetuju dengan pendapat Sharnaaz dengan mengatakan pekerja sekarang semakin pemalas dan tidak menepati masa sehingga majikan pening memikirkan malah ada juga yang mengatakan perkara ini terjadi akibat kegawatan ekonomi yang semakin menekan rakyat.


Walau bagaimanapun, seorang netizen tampil memberitahu bahawa artikel yang dijumpai oleh pelakon tersebut sebenarnya adalah artikel pada tahun 2017 yang sengaja dijadikan isu kepada kerajaan baru.

Tambah netizen tersebut, jika dilihat pada artikel itu, gambar menteri sumber manusia itu dari kerajaan yang lama, bukan menteri kerajaan baru iaitu Kulasegaran a/l V. Murugeson.


Jadi, selepas ini sebelum nak serang sesuatu isu, harap buat kajian terlebih dahulu dan sentiasa mengambil tahu tentang isu semasa

Sumber : Sharnaaz Ahmad
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a