Header Ads

'Tak ada langsung wakil datang untuk berbincang,dekat setahun Bro!' - Akhirnya Lan Juga Bongkar Tanah Tak Dapat Lepas Aishah Kena.

Masih hangat dengan isu hadiah yang diterima pemenang dari sebuah program nyanyian realiti tahun lepas. Bukan hanya penyanyi Aishah saja menjadi mangsa ‘janji’ pihak penaja tetapi penyanyi Lan Solo pemenang tempat ketiga turut menjadi mangsa dengan isu ini.

Namun, pelbagai alasan yang dikatakan pihak penaja.Kali ini giliran penyanyi Lan Solo pula meluahkan rasa terkilan dengan pihak penaja apabila sudah berkali-kali tanya berkenaan hadiah utama itu.



"Kenangan paling manis sepanjang berada dalam industri muzik..!

"SEBIDANG TANAH LOT BANGLO

"Ok la..memandangkan kaklong/ kak @aishahjmm dah meluah segala & ramai yg dah mula bertanya kpd LS.. LS akan jwb sikit la erk sbb rasanya kaklong ecah dah jwb baaanyyyaaakkkk dah ?! Bagi LS, LS tidak menyalahkan pihak produksi 100%.. & rasanya pihak produksi dah lakukan sehabis baik berkenaan hadiah SEBIDANG TANAH LOT BANGLO yg dijanjikan utk 3 pemenang GV4.. Bagi LS, pihak penaja yg perlu bertanggungjawab menyelesaikan isu ni.."

"Kisahnya begini.. selesai konsert akhir GV4, penaja ada maklumkan kpd LS yg diaorg akan call utk proses selanjutnya..tapi lepas tu senyap! Kami mengadu kpd pihak produksi & pihak produksi cuba mendapatkan jwpn dr pihak penaja.. sedang diusahakan katanya.. Lps beberapa bulan..mengadu lagi.. jawapan masih samar2. Katanya lokasi tanah di Johor.. ambik masa skit.. Tak lama lps tu kami tanya lagi.. lokasi tanah tukar ke selangor pulak.."

"Tanya lagi.. tunggu lps PRU.. Tanya lagi.. kerajaan bertukar.. ambik masa utk selesaikan.. Tanya lagi.. lps Raya Haji.. Tanya lagi.. mungkin lepas sambut merdeka kita jumpa utk selesaikan isu tanah ni.. Yang menjadi persoalannya WUJUD ATAU TIDAK “SEBIDANG TANAH LOT BANGLO” yang dijanjikan menjadi hadiah utk 3 pemenang ni? dan kalau betul wujudnya permasalahan drpd pihak penaja kenapa tak ada langsung wakil yg dtg utk berbincang dgn pihak kami? Dekat setahun dah BRO..!





JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a