Header Ads

'Tipulah tidak kecewa tapi saya masih boleh sabar' - Liza Hanim Dedah Nasibnya Serupa Aishah.


Pendedahan penyanyi Aishah berkenaan hadiah sebidang tanah lot banglo yang belum diterima setelah hampir setahun menjadi juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), mendapat perhatian ramai.Terbaru, memetik laporan Kosmo!

Online, penyanyi Liza Hanim juga mengalami situasi sama kerana masih belum menerima hadiah lot tanah seperti yang dijanjikan selepas bergelar naib juara GV4.


“Tipulah kalau tidak kecewa tetapi saya masih boleh bersabar kerana pihak penaja telah hubungi saya dan akan mengadakan pertemuan berhubung isu hadiah lot tanah itu.

“Saya lebih suka menggunakan cara baik kerana pihak penaja sudah berjanji. Lambat atau cepat hadiah itu akan diberikan. Jadi saya hanya perlu bersabar,” katanya.




Selain mereka berdua, penyanyi Lan Solo yang memperoleh tempat ketiga GV4 turut belum menerima hadiah lot tanah seperti dijanjikan.

 JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a