Header Ads

"Tuduhan Yang serius,Perlukan Ada Bukti" - KJ Tidak Puas Hati Tentang Dakwaan GST 'Dirompak'

Terbaru, Khairy Jamaluddin membuat laporan polis terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa RM18 bilion wang tuntutan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga, ‘dirompak’ oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Setelah tumbangnya kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihanraya ke-14 Mei lalu, satu-persatu kes membabitkan Datuk Seri Najib Razak disingkap dan dilaporkan di media.

Menurut Berita Harian,  bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah membuat laporan kepada pihak berkuasa setelah Menteri Kewangan mendapati RM18 billion daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) didapati hilang.

Ahli Parlimen Rembau itu mahu dakwaan yang dikemukakan Guan Eng disiasat, atau perkara tersebut akan mencetuskan berita sensasi tanpa bukti kukuh. Laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, pada jam 2 petang.



"Jika ia satu tuduhan melakukan rompakan, ia sudah menjadi satu kesalahan dan satu siasatan terbuka perlu dibuat."

"Ia satu tuduhan yang serius dan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya tanpa bukti yang kukuh, selain laporan polis, saya juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok."



"Kami juga bagi pihak BN mahu membersihkan nama kerajaan yang lepas, sekiranya berlaku rompakan maka bawalah mereka yang terbabit ke muka pengadilan, sekiranya tidak maka perlu dijelaskan tuduhan tersebut tidak tepat dan tidak benar."





Sumber: Khairy Jamaluddin, Berita Harian
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a