Header Ads

"Tun Mahathir Sembang Lagi ?" - Rakyat Persoal Kenyataan DOJ Bertentangan Dengan Kenyataan Mahathir ?



Kuala Lumpur: Disiarkan bahawa baru-baru ini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang peranan dalam pemindahan hak penjagaan kapal layar mewah Equanimity kepada pihak Malaysia.

Memetik dari berita yang disiarkan oleh Malaysiakini, DOJ memaklumkan perkara ini kepada  Mahkamah Daerah California Tengah, pagi ini (masa Malaysia), untuk mengemaskini mahkamah mengenai perkembangan kapal layar itu.

"Dalam koresponden baru-baru ini dengan kerajaan, pihak menuntut (Equanimity (Cayman) Ltd) mendakwa bahawa kerajaan AS telah bekerjasama atau membantu dalam penyerahan kapal layar dari Indonesia ke Malaysia.

"Bagaimanapun, selain tindakan yang digariskan dalam Perenggan 7 di atas, yang mana kedua-duanya adalah perlu dan sesuai untuk mengekalkan keselamatan kapal layar itu - kerajaan AS tidak mengambil bahagian dengan Indonesia dalam memindahkan kapal layar ke Malaysia," katanya dalam pemfailan itu

Kenyataan DOJ itu seolah-olah bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pegawai kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara Tommy Thomas, dan menteri undang-undang de facto, Liew Vui Keong, yang memberitahu Dewan Rakyat bahawa AS telah bersetuju untuk pemindahan hak penjagaan itu.

LIHAT APA KATA NETIZEN 

Berikut antara pendapat dan kata-kata netizen yang mempersoalkan apa yang pernah dicakap oleh Mahathir sangat bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh DOJ




No comments

Powered by Blogger.
a