Header Ads

Video Menari Nampak 'Baby Bump', Tauke Bongkar Isterinya Hamil Lima Bulan.

Semalam, beliau berkongsi sebuah video ketika sedang menari bersama isterinya di Instagram dimana pada mulanya beliau ingin meminta rakannya, pelawak Achey Bocey menyahut cabaran tarian #KembalilahRinduChallenge.

Namun, video yang dimuat naik telah menarik perhatian pengikutnya apabila kelihatan baby bump dari sisi tepi isterinya ketika mereka sedang melakukan tarian tersebut.

Berikutan itu, ramai pengikutnya telah menghujani soalan kepada Tauke pada ruangan komen di posting tersebut untuk mendapat kepastian mengenai perut isterinya itu. Setelah hampir setahun pelawak Tauke dan isterinya, Nadia Mohd Affendi mendirikan rumah tangga akhirnya mereka bakal menerima kehadiran cahaya mata.

Walau bagaimanapun, Tauke sendiri tampil menjawab soalan yang ditujukan daripada pengikutnya dengan mengatakan bahawa isterinya sedang hamil lima bulan.


Malah ada juga diantara mereka mengatakan pasangan berkenaan kelihatan sangat manis apabila meluangkan masa bersama-sama.





Sumber : Tauke Jambu
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a