Header Ads

"Wujudnya Cinta Sejati,Suami Dukung Dan Mandikan Tukarkan Pad Kala Haid"


Ramai yang masih tak boleh move on dengan drama Jangan Benci Cintaku. Ramai sangat yang membenci watak Husna kerana menggoda Shah yang dilihat agak lemah pendirian. Rasa kasihan pada Fika membuatkan ramai memberi pendapat dan membenci wanita perampas.

Kala kita memikirkan wujudnya wanita perampas rumahtangga orang lain tetapi bagi yang mencari bukti masih wujudnya kisah cinta sejati, kisah rumahtangga dibina oleh Muhammad Jefri Abdullah, 43 dan isterinya, Roszanika Abdul Karim, 39 tahun adalah buktinya.

Mungkin amat jarang untuk menemui lelaki baik tetapi ternyata lelaki baik itu masih ada dan buktinya kualiti itu ada pada Muhammad Jefri. Dia rela hati mengahwini isterinya, Ros sejak 10 tahun lalu selepas bertemu hanya sekali biar tahu keadaan fizikal isterinya itu sudah tidak sempurna pada kali pertama mereka bertemu.

Dalam keadaan susah hendak duduk tegak, perlu mengereng setiap masa, dunia Ros bukanlah terlalu indah kecuali hatinya sentiasa dibungai dengan rasa cinta.


Jefri hanya bekerja di kedia menjual perkakasan DIY terletak kira-kira 200 meter dari bilik berukuran 10X10 yang mereka sewa dengan kadar RM350.00 sebulan di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Bilik terlalu sempit itu hanya muat sebuah tilam berukuran queen size, tiada almari, tiada rak dan segalanya hanya di atas lantai. Tilam pula tidak boleh terlalu tebal kerana sukar dilipat kerana di ruang sempit itulah mereka perlu lakukan semuanya termasuk solat.

Usah berangan hendak masak, ke bilik air pun Ros perlu didukung. Suaminyalah yang memandikan, membersihkan najisnya kala dia membuang air besar, memakaikan dia pad kalau dia datang haid. Segala-galanya bergantung pada suaminya yang akan membelikan dia sarapan sebelum ke tempat kerja.


Tengahari pula suaminya akan pulang seketika untuk menghantar makanan tengahari. Bersihkan dirinya apa yang patut sebelum ke tempat kerja semula. Kalau kala itu, dia sudah membuang air besar di dalam lampin pakai buang, dia perlu menunggu suaminya itu pulang untuk membersihkannya. Rutin ini sama di laluinya sejak 10 tahun lalu.

Tiada perubahan pun kecuali tulang belakangnya semakin membengkok dan dia semakin sukar untuk duduk tegak berbanding masih boleh lagi berbuat demikian di usia mudanya.



Kata Ros, dia sama sekali tidak menyangka akan bertemu jodoh.

“Siapa nak orang cacat. Cacat yang memerlukan orang membantu setiap masa. Tapi saya bersyukur abang menerima saya walaupun berkali-kali saya bertanya adakah dia benar-benar nekad dengan keputusannya.

“Ternyata Allah menjodohkan kami biar baru kenal. Pertemuan ini juga agak unik. Saya ketika itu bertemu abang ketika mengikut kawan ke Kuala Lumpur. Kawan-kawan kasihan melihat saya terperuk di rumah di Negeri Sembilan. Mereka kata mahu tolak kerusi roda saya membolehkan saya melihat bandaraya Kuala Lumpur.

“Tapi ternyata untuk pertama kali melihat dunia luar itu, Allah temukan saya dengan insan hebat yang menyayangi saya selagi hayatnya. Abang jatuh hati dan kemudian dia meminta nombor telefon saya.Tiga bulan kemudian, dia sudah memeluk agama islam dan melamar saya di kampung.

“Inilah jodoh kami, saya harap ianya ke akhir hayat kerana saya sudah tidak mampu menguruskan diri sendiri. Lagipun adik-adik sudah membuang diri saya semasa mak ayah sakit lagi. Kata mereka, kalau orang tua tak ada, mereka akan hantar saya ke rumah kebajikan. Kala inilah abang hadir dan membawa saya dalam kehidupannya,” katanya sambil menangis.



Tangisannya kerana dia berasa terlalu sedih kerana semenjak berkahwin, biar dirinya anak sulung tetapi adik beradiknya langsung tidak pernah menjenguknya, seolah-olah dirinya tidak wujud. Sedih kerana Allah menghantar “malaikat” di saat dia dalam kesusahan yang mana akhirnya “malaikat kecil” inilah yang menjaganya dengan sepenuh hati, menguruskan dirinya umpama anak kecil yang memerlukan seribu perhatian. Bukan dia tidak cuba melakukan tugas-tugas seorang isteri iaitu menjaga makan minum suami, memasak, mengemas, membasuh tetapi kudratnya amat terbatas kerana dirinya sendiri minta dibantu.

Kata Ros dia jarang dapat berkomunikasi dengan orang luar kerana dunianya hanya dalam bilik sempit ini sahaja.

Sambil cuba menunjukkan dirinya berbaring, ternyata tulang belakangnya yang yang agak bengkok membuatkan dia terlalu sukar untuk tidur menelentang, sebaliknya perlu mengereng.

Di sebalik kisah cinta pasangan ini, apa yang mula membuatkan hati kecilnya risau ialah berkenaan pekerjaan suaminya yang bakal ditamatkan dalam tempoh terdekat kerana ada lebihan pekerja.

“Saya memang dapat duit bantuan dari JKM dan duit itulah digunakan untuk menampung perbelanjaan sehariannya yang mana saya perlu memakai lampin pakai buang setiap masa.

“Tapi bila abang diberhentikan, saya memang buntu kerana kami hilang sumber pendapatan,’ katanya memaklumkan gaji suaminya tidak banyak mana kerana hanya sebagai pembantu kedai sahaja.

Di sebalik wujudnya cinta sejati tetapi pasangan ini juga amat memerlukan bantuan kewangan dari orang ramai bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan selain membolehkan Jefri mencari pekerjaan baru.


Bagi yang ingin membantu pasangan ini dengan memberikan bantuan kewangan, boleh salurkan ke akaun CIMB 7624689924 atas nama Roszanika Abdul Karim atau sampaikan sumbangan terus ke bilik mereka duduki di No 47 B, Tingkat 2, Jalan Indah 1/23, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur.

Atau kalau ada yang boleh menawarkan pekerjaan kepad Jefri, boleh salurkan maklumat terus kepadanya di talian 017-3669174.

Sumber: Remaja.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a