Header Ads

'Arwah peluk saya serapat-rapatnya' - Bapa Kongsi Kisah Sedih Anak, Sebelum lemas sempat bergambar dan Live difacebook


Siapa sangka keterujaan anak untuk bermandi manda di Pesta Zoo Belon Pusat Bandar Parit Buntar adalah petanda anak akan pergi buat selamanya. Menurut bapa, anak tunggal perempuannya itu bersungguh-sungguh mengajak mereka sekeluarga ke sana selepas menerima risalah dan kupon promosi.

Malah, sebelum tragedi bapa sempat membuat rakaman Facebook Live menunjukkan aksi riang anak.

Menerusi laporan Sinar Harian, awal pagi tadi Nur Rabiatul Adawiyah, 7 disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.


"Pada pagi 2 September lalu, barulah saya dan isteri bersetuju mengajaknya pergi ke pesta itu pada waktu petang dan arwah menunjukkan wajah yang sungguh gembira sebaik diberitahu hajatnya dipenuhi kami."

"Pada hari sama, arwah juga menunjukkan keterujaan luar biasa apabila sempat memakai telekung solat milik isteri dan peluk saya serapat-rapatnya beberapa kali sambil mengucapkan terima kasih."

"Tabiat luar biasa arwah pada mulanya mengejutkan saya, namun memikirkan dia mungkin terlalu gembira dapat bermain di Pesta Zoo Belon, saya tidak memikirkan perkara bukan-bukan."

Bapa memberitahu lagi, sebelum kejadian dia sempat bergambar dan membuat live di Facebook menunjukkan keseronokan anak bermain air di pesta tersebut. Namun, 10 minit kemudian ketika meronda gerai niaga dia mendengar isteri menjerit dan suasana menjadi kecoh.

"Tidak sampai sepuluh minit meronda gerai niaga, saya terdengar suasana kecoh berlaku di taman tema air dan sekembali ke lokasi itu, saya terkejut melihat isteri menangis memberitahu Nur Rabiatul Adawiyah lemas."

"Kami kemudiannya mengiringi penganjur pesta yang membantu membawa anak saya ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan, sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Pemaisuri Bainon, Ipoh bagi pemeriksaan lanjut."


"Sekitar jam 2 pagi tadi, doktor memberitahu keadaan anak lemah dan jantungnya pula bermasalah.Lebih kurang jam 2.45 pagi, doktor memaklumkan anak saya sudah tiada dan berita itu amat memilukan perasaan kami sekeluarga kerana tidak sangka bakal kehilangan anak tunggal dalam tempoh masa singkat."

"Tindakan penganjur program pesta itu sekurang-kurangnya membolehkan kami melihat Nur Rabiatul Adawiyah untuk beberapa hari sebelum dijemput mengadap Ilahi."

Doktor memaklumkan paru-paru anak dimasuki air dan meninggal dunia awal pagi tadi. Md Yusof bagaimanapun tidak menyalahkan pihak penganjur pesta sebaliknya memuji tindakan pantas individu membawa anak mendapatkan rawatan.


No comments

Powered by Blogger.
a