Header Ads

'Awalnya bagi puting' - Netizen Pertikaikan Baby J Yang Baru 7 hari Disumbatkan Puting.


Genap pada hari ketujuh dilahirkan, Sharnaaz Ahmad dan isteri mengumumkan nama penuh bayi yang sebelum ini dipanggil dengan gelaran Baby J. Menerusi Instagram, Sharnaaz memberitahu putera sulungnya itu diberi nama Jebat Jayden Ahmad B. Sharnaaz Ahmad.

Namun, ramai yang mempersoalkan tindakan pasangan ini yang memberi puting kepada anak seawal tujuh hari.



Gambar yang dimuat naik Noor Nabila ini mula menjadi perhatian dek kerana puting yang diletakkan di mulut bayi. Ada yang berpendapat puting tidak sesuai bagi bayi yang baru beberapa hari dilahirkan. Malah, netizen juga bimbang akan memberi kesan kepada kedudukan gigi anak apabila besar kelak.

Walaubagaimanapun, ada juga yang menegaskan bahawa pemakaian puting tidak salah. Kajian ada menjelaskan pemakaian puting adalah salah satu cara untuk menenangkan bayi terutamanya bayi yang cepat gelisah dan sering menangis tanpa diketahui sebab.









Selain itu, Dr. Cathryn Tobin, MD, seorang ahli paediatrik dan penulis buku The Lull-A-Baby Sleep Plan menjelaskan bahawa perbuatan menghisap ini akan merembeskan hormon daripada otak yang membantu melenyapkan rasa stres.


No comments

Powered by Blogger.
a