Header Ads

Hannah Delisha Tak Rasa Dieksplotasi Pihak Produksi



Pelakon popular dari Singapore Hannah Delisha tidak merasakan bahawa tubuh badannya dieksplotasikan menerusi beberapa babak berkemban yang dijayakannya menerusi filem arahan Osman Ali.

Katanya dia telah membuat perbincangan dengan Osman terlebih dahulu bagi babak tersebut dan merasakan ia merupakan satu keperluan untuk memastikan jalan cerita filem itu relevan.

“Sebenarnya sebelum buat babak itu saya dah berbincang dengan abang Osman terlebih dahulu. Saya rasa perlu lakukan juga watak itu sebab kalau ikut logik tiada orang yang mandi pakai baju dan orang dulu-dulu memang mandi berkemban.



Disebabkan itu saya bersetuju buat adegan tersebut dan tidak rasa tubuh badan saya dipergunakan untuk filem ini,” katanya.

Hannah ditemui pada malam gala filem Langsuir yang diadakan di MM2 Cineplexes, Mutiara Damansara baru-baru ini.

Menerusi filem itu, Hannah melakonkan watak sebagai Suri yang merupakan langsuir cantik yang cuba menambat hati Azlan lakonan Syafiq Kyle.

Ketika ditanya bagaimana dia menjiwai watak sebagai hantu, Hannah menjelaskan dia perlu menghadiri kelas lakonan yang telah diaturkan pihak produksi bagi memantapkan lagi penghayatan watak yang dibawakannya itu.

Semua pelakon Langsuir mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pelakon senior kak Ellie Suriaty selama sebulan sebelum penggambaran bermula. Hari-hari kami berlatih dan kak Ellie akan ajar macam-mana cara orang dulu-dulu bercakap dan pergerakan mereka.

Saya sangat hargai apa yang saya dapat belajar daripada kak Ellie yang mana semua orang tahu bakatnya bukan calang-calang dalam bidang lakonan,” ujarnya lagi.

Langsuir yang diarahkan Osman Ali bakal memulakan tayangannya bermula 20 September ini di pawagam seluruh negara.

Filem bergenre seram romantik turut dibintangi Syafiq Kyle, Julia Farhana Marin, Firdaus Nadxaman, Halim Radzi, Nazri John, Shahkimin dan Daaim Jailani.

No comments

Powered by Blogger.
a