Header Ads

Bukan "Queen Control" Tapi Ini Sebab Kenapa Bini Suruh Balik Awal



Kalau laki yang jenis duduk rumah ni mesti ramai yang angap bini mereka sebagai queen control..

Tapi korang sebagai suami mesti kena tahu sebab isteri merajuk kalau korang balik lewat dan asyik nak lepak dengan kawan je..

1. Isteri korang tu letih

Punca paling utama isteri kurang senang bila suami balik lewat ialah kerana mereka dah terlalu penat apabila seharian di rumah mengurus anak. Bagi surirumah terutamanya, hari mereka bermula seawal 5-6 pagi. Mereka ni bangun paling awal, tidur pula paling lewat. Nak siapkan anak ke sekolah, mengurus bayi, mengambil anak balik sekolah, menyediakan makan, mengemas, mencuci dan macam-macam lagi.



Suami kena faham, hari mereka tak pernah berenggang dengan rengekan dan ragam anak masing-masing. Seorang nak makan, seorang nak tidur, seorang nak berdukung, seorang nak ajak bermain. Selagi kita sendiri tak ‘hadap’ benda-benda ni, kita takkan faham kepenatan mental dan emosi yang dialami.

Bila suami baliklah baru dapat nak ‘bernafas’ sikit. Itupun sekadar memenuhi keperluan diri. Nak mandi, nak ke tandas, nak makan, nak minum kopi yang dari pagi tadi tak habis-habis. Letih. Terlalu letih.

2. Diaorang tu rasa sunyi

Walaupun setiap masa ditemani anak-anak di rumah, isteri perlukan seorang dewasa untuk mendengar ceritanya, meluahkan apa yang terbuku di hati, berbincang mengenai anak-anak, urusan kerja rumah atau sekadar berbual kosong. Sebab itulah isteri boleh bercakap tanpa henti sebaik saja si suami melangkah masuk ke rumah. Mungkin si isteri tak bermaksud nak membebel, tapi dalam hatinya cuma nak berkongsi.

Bayangkan kalau kita di tempat kerja tanpa office mate yang ‘sekepala’ dengan kita, tentu mudah kita rasa tertekan dan stres di pejabat kan? Begitulah juga halnya dengan isteri anda. Cuba ingat semula, bila kali terakhir si isteri keluar bersama rakan-rakannya. Mungkin dah terlalu lama sampai isteri pun dah lost contact dengan mereka.

3. Dia nak masakkan sesuatu untuk korang

Bila isteri dah masakkan makanan kegemaran suami, tapi tahu-tahu dia ada rancangan lain. Tentu rasa sedikit ‘berkecai’ perasaan walaupun ia bukanlah disengajakan. Bukan senang nak cari barang memasak yang complete khas buat suami.

Nak tak nak terpaksalah simpan lauk dalam peti. Suami pula bukan jenis makan berulang. Setiap kali terpandang, nak memasak pun rasanya tak ada mood lagi.

No comments

Powered by Blogger.
a