Header Ads

'Dapat rumah ini baru boleh kahwin...' - Janna Nick Dedahkan Hasrat Impikan Banglo Mewah RM12 Juta


Pelakon Janna Nick mendedahkan hasratnya untuk memiliki sebuah rumah banglo berharga RM12 juta.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 22, menerusi posting di Twitter berkata, dia hanya akan berkahwin selepas membeli kediaman tersebut.

"Dapat rumah ini baru boleh kahwin..." tulisnya.


Foto kediaman yang dimuat naik pelakon drama Humairah itu terletak di Langgak Tunku, Bukit Tunku itu berkeluasan 9,000 kaki persegi.

Dalam pada itu, rata-rata peminatnya memuji matlamat pelakon berkenaan untuk terus berusaha mencapai impian tersebut.


Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mengusik agar dia mencari jodoh yang mampu membelikan kediaman berkenaan.

"Jadilah wanita yang punyai matlamat. Insya-Allah. Kalau rasa hilang semangat, putus harapan tengok balik impian pasti tetap bersemangat!" ujar netizen.





No comments

Powered by Blogger.
a