Header Ads

Fatiyah kenapa

Pelakon Fathia Latiff menuntut bekas teman lelakinya dipercayai pelakon, Aiman Hakim Redza untuk menjelaskan segala hutangnya dalam kadar yang segera.

Katanya, dia ada mencuba untuk menghubungi pelakon tersebut secara personal namun, mendakwa panggilannya telah disekat.

Terdahulu, Fathia memuat naik kenyataan tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.



“Ni lagi sorang! Duit aku bila nak bayar? Pastu bila mintak duit block call. Kalau hensem takpe la jugak.Dayus detected #rempitModeOn ,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fathia turut menggelarkan bekas teman lelakinya itu tersebut sebagai dayus dan ‘rempit’.

Namun sehingga kini, motif sebenar Fathia memuat naik entri berkenaan masih tidak dapat dipastikan lagi kerana dia telah menutup ruangan komen bagi entri berkenaan.

Diharap, orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini sehingga ada kenyataan yang dikeluarkan daripada kedua-dua belah pihak.

No comments

Powered by Blogger.
a