Header Ads

Apa cerita ni



Memang kejam orang zaman sekarang ni, Kes jenayah pula semakin lama semakin menjadi-jadi. Penjenayah sekarang ni sangat terdesak sanggup melakukan apa sahaja sehingga dapat apa yang diinginkan.

Ni story adik aku dengar lagu dalam KTM, tapi masa tu memang dia perasan macam lelaki ni pandang-pandang dia. Lepas turun, dia nak tunggu kawan dia nak balik kolej sama-sama. Dia duduk kat kerusi kat KTM tu. Dan lelaki tu terus duduk sebelah dia.

Lelaki tu tanya adik aku nak pergi mana, sekolah kat mana semua. Dan adik aku pun bagi tahu dia sekolah mana semua. Sekali lelaki tu tanya hisap rokok ke tak? Dia tak dapat pancing sebab adik aku tak hisap rokok. Dia ajak.
“Jom ikut abang jual barang? Sejam abang bagi RM 100.”

Then laki tu pun tunjuk beg dia dalam tu ada pisau, ada dadah. Adik aku pancing balik “tak apa lah bang, line tak clear ni.” Lelaki tu macam desak macam nak jugak adik aku jual. Then adik aku buat buat ada orang call dan kawan dia sampai.

Masa nak naik bas kat Terminal, lelaki tu tunggu dekat mana bas yang adik aku nak naik. So adik aku menyorok dan tunggu dia blah. Baru dia naik.

So gais semua yang selalu berjalan kat luar tu kemungkinan dia nak samun sekali tapi tak dapat dan dia attack budak sekolah. Lelaki perempuan pun hati hati,orang main dadah ni. bahaya wei korang.

Sumber: PuteriRyna

No comments

Powered by Blogger.
a