Header Ads

ESSCOM Minta Bukti, Hairul Azreen Beritahu Hampir Di Jadikan Tebusan Lanun Di Sabah

Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah pun menghantar surat rasmi kepada pelakon utama filem PASKAL iaitu Hairul Azreen bagi mendapatkan keterangan berhubung kenyataannya yang di beritakan hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem itu di kawasan Semporna sewaktu pengambaran berlangsung.

ESSCOM Komandernya, Datuk Hazani Ghazali, menjawab pihaknya belum dapat apa-apa lagi keterangan daripada pelakon tersebut yang dipercayai mungkin sedang sibuk untuk mempromosikan filem berkenaan yang bakal keluar di pawagam.

“Kita tunggu jawapan dari dia (Hairul), kita sudah hantar surat untuk rakamkan kenyataan dia... belum lagi (ambil keterangan), dia pun tengah sibuk promosi filem dia,” katanya ketika dihubungi, NSTP, hari ini.
Hazani berkata kepada pemberita, surat itu telah dihantar sejak dua minggu lalu dan akan ada pegawainya yang akan mengambil keterangan daripada pelakon itu nanti ketika pelakon tersebut tidak sibuk nanti.

“Surat juga sudah dihantar dua minggu lalu,” katanya.

Hairul telah mendakwa, dia dan seorang lagi pelakon di dalam filem itu iaitu Ammar Alfian nyaris menjadi sasaran lanun sewaktu penggambaran filem PASKAL di Semporna, pertengahan tahun ini.

Hairul menjelaskan ketika kejadian, hanya dia dan Ammar yang masih berada di kawasan pelantar minyak selepas menyelesaikan beberapa babak sebelum ada rakan membisikkan pihak berkuasa sebenarnya sudah mendapat maklumat bahawa kumpulan lanun itu mahu menjadikan mereka sasaran penculikan pada ketika itu.
Melalui dakwaan pelakon itu, ESSCOM sebelum ini telah menyifatkan kenyataan pelakon itu sebagai tidak berasas langsung kerana sepanjang penggambaran filem itu di kawasan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Roziah (TSR), pelakon serta kru disertai oleh pasukan keselamatan terlatih, Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang sekali menyertai filem terbabit.

Datuk Seri Hazani dalam kenyataan terdahulunya dilaporkan berkata, dakwaan pelakon ini akan mengundang persepsi yang buruk dan negatif kepada orang awam terutama pelancong  terhadap tahap keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). - Kaki Share

No comments

Powered by Blogger.
a