Header Ads

Gara-gara Jiran suka tanam pokok bunga,Lelaki Ini Hingga kehilangan Ibu Tercinta


Lain manusia, lain perangai. Ada yang suka menghias rumah ‘cukup makan’ je, ada yang dengan perabot mewah-mewah dan tidak kurang dengan tanaman dan pokok kehijauan.

Jadi ini adalah cerita, bagaimana seorang lelaki yang bernama Amar bercerita mengenai jirannya memiliki tanaman pokok yang banyak sehingga menyebabkan kematian ibunya!

Walaupun kejadian ini sudah berlaku lebih dari satu tahun yang lalu namun kini dia baru terbuka hati untuk bercerita di laman Twitter miliknya.

Menurut Amar, jirannya merupakan orang tua yang memiliki hobi gemar menanam pokok tetapi yang menjadi masalahnya apabila semua daun-daun pokok tidak disapu dan dibiarkan begitu sahaja.





Anak-anak jiran tersebut tidak  mengambil peduli dengan tindakan ayah mereka, malah ada satu kejadian dimana mereka menangkap seekor ular di kawasan semak pokok-pokok itu. Tapi tiada tindakan yang diambil oleh jiran tersebut.

Menurut Amar, ibunya pergi menghadap Ilahi akibat habuk dan penyakit asma yang sangat teruk. Tindakan jirannya yang tidak mengendahkan segala debu dan kotoran menyebabkan dia kehilangan orang yang tersayang.







Sedihnya membaca kisah Amar ini. Buat mereka yang suka berkebun tu, tengoklah kemampuan diri. Kalau agak-agak rumah tu kecil tak perlulah berlebihan. Berkebun sekadar biasa-biasa saja sudahlah.

Semoga Amar tabah dalam menghadapi dugaan ini. Dan semoga arwah ibunya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.


No comments

Powered by Blogger.
a