Header Ads

'Itu Bukan Saya' - Aeril Zafrel DiKritik Kongsi Foto Miripnya


Tindakan Aeril Zafrel memuat naik foto bogel yang dikaitkan denganya di Instagram sendiri mendapat kritikian netizen.

Segelintir mereka berpendapat perkara itu tidak wajar dijadikan alasan bagi membuktikan dia bukan individu dalam foto berkenaan.

“Pasal gambar bogel itu aku rasa betul kata netizen Aeril Zafrel tak perlu kot posted gambar penuh tanpa blur (bahagian kemaluan). Walaupun alasan nak buktikan itu bukan dia sebab tak sunat. Cukuplah jelaskan itu bukan kau.

“Jadi profesional dan bijak kerana pengikut kau sah-sah daripada pelbagai umur dan status,” ujar netizen Keymie Muhamad.


Sebelum itu, suami kepada aktres Wawa Zainal itu menafikan dia adalah individu menerusi foto lucah yang menjadi tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Sementara itu, pelakon Patahnya Sebelah Sayap itu mempertahan tindakan yang dilakukan itu adalah bukti dan fakta kepada penafiannya. Tambahnya, ia juga bagi menepis soalan yang akan ditanya netizen.


“Pernah dengar ungkapan 'bercakap biar ada fakta. Ada bukti biar jelas?' Rasa itu diguna pakai dalam semua mahkamah perundangan dan salah satu cara ciri ke atas menghakimi seseorang.

“Selain itu, sebagai langkah menepis persoalan berbangkit seperti, "eh kurang jelas, ada bukti?" ujarnya.




No comments

Powered by Blogger.
a