Header Ads

Janda Cantik 23 Tahun Bercinta

Kejadian membabitkan seorang janda muda yang cantik ditembak mati oleh teman lelakinya sendiri, selepas teman lelakinya itu akhirnya mengetahui bahawa mangsa iaitu janda cantik itu seorang pengikis yang hanya menggunakan dirinya sebagai pemuas nafsu dan tempat mendapatkan wang, janda kekasihnya itu juga di laporkan mempunyai hubungan sulit dengan beberapa lelaki lain pada masa yang sama, kejadian pembunuhan yang berlaku pada 3 September lalu di Pattaya, Thailand.

Mengikut laporan akhbar The Sun, mangsa, Naphatorn Kanokasemophon, 23, hidup mewah di Pattaya dengan menggunakan hasil wang yang diperolehinya dari mengikis beberapa orang teman lelakinya dengan hanya menggunakan kecantikan yang ada pada dirinya sehingga salah seorang teman lelakinya yang berasal dari Belanda sanggup memberinya lebih kurang RM3,380 setiap bulan, yang menariknya mangsa juga di katakan kuat nafsu. 

Laporan tidak dapat mengenal pasti berapakah jumlah sebenar wang yang diterimanya hasil dari aktiviti mengikis teman-teman lelakinya itu, tetapi apa yang telah pasti jumlah wang yang diterimanya setiap bulan itu cukup menampung segala bentuk perbelanjaannya seperti menjalani proses pembesaran payudara, pembedahan kosmetik (Plastik surgery), membeli pakaian berjenama  mewah seperti LV, Channel dan mampu untuk membeli sebuah kereta Honda City model terbaru dan sebuah toyota Vios di mana lokasi dia ditembak dalam kereta itu dan mati.

Di beritakan perbuatannya itu terbongkar apabila salah seorang teman lelakinya ititu Wallop Huayhongthong, mula curiga dengannya dan terus menyiasat segala aktiviti yang di lakukan termasuklah memasang fotographer peribadi.
Difahamkan mereka digelar pasangan paling romantis sebelum kejadian itu dan telah menjalinkan hubungan sejak setahun lalu dan Naphartorn kerap menolak lamaran Wallop untuk berkahwin kerana beberapa alasan.

No comments

Powered by Blogger.
a