Header Ads

'Kereta Mahal Tapi Tak Bayar..' - Selepas Elfira Loy, Giliran Adiknya Pula Yang Lari Dari Bayar Hutang??


Sebelum ini viral di media sosial mengenai pelakon Elfira Loy yang dikaitkan muflis, kini giliran adiknya pula didakwa liat membayar hutang.

Kisahnya, seorang wanita telah meninggalkan komen di Instagram meminta Elfira untuk melangsaikan segala hutang termasuklah hutang adiknya, Ezzrin Loy.

”Now boleh settle down kan segala hutang termasuk hutang adik lelaki awak tu ye,” tulisnya.


Individu tersebut mendakwa Ezzrin belum membayar bil ubah suai keretanya walaupun resit sudah dihantar berulang kali. Elfira kemudiannya membalas komen berkenaan dengan menganggap individu tersebut tidak boleh melihat dirinya senang.

“Ni mesti jenis tak boleh tengok orang senangkan?” balasnya








Tambah individu tersebut, dia telah mencuba untuk menghubungi Ezzrin tetapi sehingga kini masih tiada respon. Di ruangan komen, rata-rata meminta Elfira untuk menyelesaikan hutang adiknya itu namum ada juga yang tidak bersetuju dengan cara individu berkenaan menghubungi Elfira. 

Kita tidak perlu terburu-buru untuk membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini kerana sejauh mana kebenaran berita ini masih belum dapat dipastikan lagi sehingga kini.


No comments

Powered by Blogger.
a