Header Ads

"Lebih 30 Klinik 1 Malaysia Akan Ditutup Secara Berperingkat, 300 Akan Lagi Akan Dijenamakan Semula"





JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

Nampaknya satu laporan akhir berkaitan dengan tiga isu utama melibatkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan dibentangkan ke mesyuarat Kabinet akan datang, kata Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya semua laporan itu adalah mengenai isu penstrukturan semula Klinik 1Malaysia, kes gangguan seksual melibatkan pegawai perubatan siwazah (PPS) dan satu cadangan kenaikan kadar caj perundingan pengamal perubatan dan doktor bagi perkidmatan di klinik dan hospital swasta.

Selain itu, Dr Dzulkefly juga berkata  berdasarkan cadangan, sebanyak 33 daripada 346 Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan ditutup secara berperingkat selepas isu berkenaan dibawa ke Kabinet.

Lebihan Klinik 1Malaysia berkenaan akan diubah suai menjadi Klinik Komuniti dengan beberapa kelainan baharu termasuklah menugaskan pegawai perubatan, ahli farmasi dan jururawat di setiap klinik,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Kebangsaan (Minggu PKPK) 2018, di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau menegaskan penutupan 33 klinik berkenaan tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitarnya kerana terdapat fasiliti kesihatan KKM yang berdekatan (Hospital & Klinik Kesihatan) 

No comments

Powered by Blogger.
a