Header Ads

Lelaki Ini Selamatkan 4 Orang Gadis Ketika Bercuti Di Krabi,Tetapi Lepas Kejadian Macam B*bi...


Snorkelling merupakan antara aktiviti kegemaran para pelancong ketika bercuti di perairan pantai. Walaupun jaket keselamatan sudah disediakan, namun kadang-kadang kemalangan sememangnya tidak boleh dijangka. Lelaki ini menceritakan pengalamannya menyelamatkan sekumpulan gadis dari lemas ketika bercuti di Krabi, Thailand. Tetapi niat baiknya rasa ‘pahit’ sesudah mereka dibawa naik ke bot. Sabar je lah ye..

Seorang pengguna Twitter bernama Shahz telah menceritakan pengalamannya ketika bercuti di Phi Phi Island, Krabi, Thailand. Kejadian ini telah berlaku pada Mei 2016 lalu apabila dia menyelamatkan sekumpulan gadis dari lemas ketika aktiviti snorkelling.. Tetapi..



Cerita dia mcm ni, aku dengan kawan aku Aidil, backpacker ke Krabi. Bercuti hilang kan stress aku lepas intern. Aku kat sana 4 hari je. Hari ketiga aku pergi snorkeling kat phi phi island. Naik tour Barracuda tours ni.

Lepastu singgah berhadapan satu pulau ni, nak buat snorkeling. Masa tu angin kuat gila. Tapi tak hujan. So aku ngan aidil decide nak turun jauh jauh sikit. Sebab ramai turun spot yang sama.

Lepas tu ada group of girls ni, dari awal perjalanan aku dok perati je gelajat dia. Muntah lah, pening lah. Maybe diorang firsttimer naik boat, so alunan ombak tu buat org mabuk air.

Dari awal jugak aku ada tegur diorang tanya okay ke tidak, aku bg plastic untuk muntah, mmg aku care teruk ah. Tapi cam aku endah tak endah ah lepastu. Sebab fikir mcm takda apa apa.

Then, part turun boat ni diorang turun lagi jauh dari kitorang. Cam biar lah, maybe diorang nak privacy. Aku pun snorkeling je lah dgn member aku.

Pastu ada tiba tiba dgr org jerit tolong, aku cam carik ah siapa yang jerit. Tuptup! Group perempuan tadi tu yang jerit. Aku pun nak mintak ah tolong orang boat tu, tapi sumpah jauh gila.


I hv no choice then, aku guna kan bakat basic berenang dan sedikit teknik selamat kan orang, aku dgn kawan aku bergegas ke tempat diorang, selamatkan diorang.

Sampai je kat diorang, aku ckp jgn panik, diorang tetap panik, aku takda pilihan lain selain heret diorang sampai ke boat. Diorang 4 orang. So member aku selamatkan 2, aku selamatkan dua. So pegang life jacket, heret sampai ke boat.

Dalam masa yang sama , angin kuat, ombak beralun alun, so payah sikit, plussss diorang panik gila. So buat kitorang jadi kabut jugak. Lepastu dua orang yang member aku selamat kan tu, panik terukkk sampai dia berpaut kat member aku. Sudahhhhh, member aku panik jugak.

So, aku heret 5 sekali(termasuk member aku) tapi keadaan mcm kereta api, memanjang. Suruh kayuh kaki, jgn panik, motivate cakap dah nak sampai, then suruh kayuh je jgn berenti.

Aku rasa cam babi lepas kejadian tersebut. Hurm.



No comments

Powered by Blogger.
a