Header Ads

"Lepas Ni ai Buat "Filem Abang" Baru Orang Tengok" Kata Namron



Nampaknya pelakon dan juga pengarah Namron meluahkan rasa kecewanya atas sambutan hambar terhadap filem arahannya One Two Jaga yang baru ditayangkan pada khamis lepas.

Katanya, sokongan yang ditunjukkan di media sosial untuk menonton filem berkenaan hanyalah sebuah kata-kata manis sahaja.

"Salam, kalau belek di media sosial banyak yang cakap sokong, sudah lama tunggu, filem wajib tonton dan macam-macam lagi tapi panggung kosong tiada orang.

"Baru saya sedar terpedaya dengan kata-kata manis. Takpa lepas ni saya buat filem porn (lucah) pula mungkun itu yang rakyat Malaysia mahu," tulisnya pada Khamis.

Filem tersebut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Rosdeen Suboh, Kin Wah Chew, Iedil Putra, Timothy Castillo dan pelakon Indonesia, Ario Bayu serta Asmara Abigail.

Filem tersebut mengisahkan pendatang asing tanpa izin Indonesia dan Filipina, pergaduhan dan peras ugut perkara yang berlaku dan diceritakan orang disekelilingnya.



Dalam pada itu, Namron berkata, dia tidak mengharapkan pujian di laman sosial mahupun menang mana-mana anugerah.

Sebaliknya, mahu masyarakat datang ke panggung untuk menghargai sesebuah karya.

"Saya buat filem untuk orang datang ke panggung kerana itu saya buat filem mudah untuk dihadam sehingga peringkat sekolah rendah.

"Jika saya dah sanggup buat filem ringan bukan filem berat semata-mata nak kongsi cerita tapi orang ramai masih tidak terpanggil ke panggung saya tidak tahu apa lagi yang orang ramai mahukan.

"Jika itu yang orang ramai nak saya akan jadi pengasas filem porn di Malaysia," tulisnya.



No comments

Powered by Blogger.
a