Header Ads

Gara-gara Dendam,Remaja 19 Tahun


Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Peribahasa Melayu mengingatkan kita tentang pentingnya kita mengelakkan diri daripada terjebak melakukan kejahatan. Ini kerana kejahatan walaupun hanya sekali dibuat, akibatnya boleh memberi kesan berpanjangan.

Seorang remaja Singapura menerima padah apabila tindakan tanpa berfikir panjangnya membuatkan dirinya menanggung penyesalan.

Gara-gara tak tahan dipersenda oleh sepupunya, remaja berkenaan bertindak mengambil gambar sepupunya itu dan memuatnaik di alam maya. Remaja 19 tahun itu memuatnaik dua video dan 8 foto bogel sepupunya di laman Tumblr.


Apa yang lebih parah, dia turut menyertakan nama dan sekolah gadis berkenaan di ruangan kapsyen.

Remaja berkenaan dihukum berada dalam pengawasan selama 1 tahun 9 bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan berlaku tidak sopan dan menyebarkan bahan lucah.

Mahkamah dimaklumkan remaja terbabit tidak berpuas hati apabila sepupunya pada Disember 2016 telah mengejek dan memalukan remaja lelaki itu di depan rakan dan ahli keluarganya.


Jun tahun lalu, lelaki berkenaan ke rumah mangsa dan meletakkan telefon bimbitnya pada tingkap bilir air untuk merakam mangsa sedang mandi. Remaja perempuan berkenaan kemudiannya menjumpai alat rakaman dan menyerahkan kepada pelaku tanpa sebarang curiga.


Menurut Timbalan Pendakwa Raya Dora Tay, lelaki berkenaan mahu mangsa merasakan pengalaman dimalukan seperti dialaminya sebelum itu.

9 hari kemudiannya, imej gadis berkenaan tersebar di laman sosial Snapchat. Dia yang menyedari foto dan video berkenaan diambil dirumahnya mula teringat mengenai telefon sepupunya yang ditemukan di dalam bilik air sebelum itu.

Abang gadis itu kemudiannya bersemuka dengan lelaki berkenaan dan kemudian diakui lelaki itu yang memadam imej tersebut dari laman sosial. Laporan polis dibuat keesokannya.


No comments

Powered by Blogger.
a