Header Ads

Padah! Restoran Makanan Laut Ini 'Disajikan' Dengan Tarian Lucah Atas Meja


SEBUAH restoran makanan laut bakal berdepan dengan penutupan operasi, kerana didapati menganjurkan persembahan tarian lucah di atas meja di hadapan pelanggan.

Rakaman yang diambil di Chonburi, Thailand itu menunjukkan tiga wanita berpakaian seksi dengan berseluar dalam, mendapat jutaan tontonan.

Menerusi rakaman itu juga menunjukkan penari-penari menari dengan aksi yang menghairahkan.


Pelanggan, termasuk keluarga bersama anak kecil turut dilihat menikmati 'hiburan' yang diadakan di sebuah premis.

Gabenor Chonburi, Pattaratorn Tianchai mengarahkan pegawai daerah Siracha untuk melakukan pemeriksaan ke atas restoran berkenaan.

Restoran yang beroperasi sejak lima tahun itu bakal berdepan dengan arahan penutupan premis.


Premis berkenaan merupakan sebuah restoran makanan laut, di mana pelanggan boleh memilih makanan mentah dari tangki, sebelum ia dimasak dan dihidangkan.

Mengenai tarian itu, tidak dipastikan sama ada rakaman diambil untuk persembahan yang diadakan sekali sahaja atau berulang kali.

No comments

Powered by Blogger.
a