Header Ads

'Patut baju abah banyak dah V-neck' - Semakin Tidak Terurus,Netizen Terhibur Tengok Jep Sepahtu Jaga Anak


Sering kali kita mendengar apabila sahaja dikurniakan cahaya mata, pasti kehidupan pasangan berkahwin terutama si isteri tidak terurus kerana kekangan masa untuk memasak, mengemas rumah dan menjaga anak.

Malahan lebih teruk lagi apabila penampilan di rumah tidak ubah seperti hantu Kak Limah dengan keadaan tidak terurus.

Begitulah yang dikongsi oleh pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu menerusi sekeping gambar dimuat naik di laman Instagram miliknya selepas dikurniakan puteri sulung iaitu Dariya Inara yang kini sudah mencecah usia empat bulan.


Menerusi gambar yang dikongsi oleh pelawak berusia 33 tahun it, kelihatan Jep sedang mendukung anaknya mencengkam kolar bajunya dengan kapsyen berbunyi, ‘”patutlah baju abah banyak yang V-Neck,” .



Ramai netizen terhibur dengan posting dengan memberi komen yang mengatakan hanya melihat gambar sahaja, sudah mampu membuat mereka ketawa malah.



No comments

Powered by Blogger.
a