Header Ads

Pengantin Tidak Senang Duduk Bila Siti Nurhaliza Datang Majlis Kahwin, Akhirnya Pengurus Dedah Cerita Sebenar!


Penyebaran video majlis perkahwinan seorang wanita yang dihadiri Datuk Seri Siti Nurhaliza viral di media sosial gara-gara pengantin perempuan dikatakan memberi reaksi kurang senang dengan tumpuan tetamu terhadap penyanyi terkenal itu.

Reaksi wanita itu segera mendapat perhatian netizen yang memberikan komen negatif kepada pengantin yang dikenali sebagai Siti Fairuz tanpa mengetahui situasi sebenar.

Pengurus Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak yang memuat naik video berkenaan di Instagram miliknya menjelaskan penyebaran rakaman majlis perkahwinan itu sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.

 JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE


Jelas Rozi, Siti Fairuz atau mesra disapa CF merupakan salah seorang kakitangan kepada penyanyi itu dan kehadiran Siti Nurhaliza ke majlis tersebut merupakan undangan daripada pengantin.

"CF ialah staf Siti dan dia yang menjaga dan menguruskan Siti selama ini, jadi tak timbul soal mengapa ajak Siti ke majlis perkahwinannya. CF menunjukkan reaksi risau kerana walaupun dia pengantin, dia masih rasa bertanggungjawab sebagai tuan rumah, sebagai staf tentunya dia mahu memastikan Siti dapat menjamu selera dengan selesa.


"Tidak timbul soal tak suka, tak senang dengan kehadiran penyanyi itu kerana anda tidak tahu, betapa besar harapan dia untuk Siti hadir ke majlis itu," tulisnya di laman Instagram pada Rabu.

Sementara itu, Rozi turut meluahkan rasa terkilan apabila ada netizen memberikan komen-komen negatif kepada pasangan tersebut tanpa mengetahui hubungan sebenar pengantin dengan penyanyi popular itu.


"Sebagai orang yang menularkan video ini, dengan kapsyen seolah-olah mempermainkan pengantin, anda tidak menerangkan siapakah pengantin, apakah hubungan pengantin dengan Siti atau sekurang-kurangnya menyatakan sumber video agar orang yang menonton dapat melihat gambaran sebenar.

"Apa yang anda buat (tularkan video) telah menyebabkan pelbagai komen memalukan serta menjatuhkan air muka pengantin. Saya rasa bertanggungjawab menjelaskan ini kerana video tersebut saya yang muat naik dahulu dan saya sendiri berkata bahawa CF risau sebab selalunya dia yang menjaga bos," ujarnya.


Video dan kapsyen yang dimuat naik Rozi menerusi Instagram peribadinya itu diulang siar semula di akaun Siti Nurhaliza dan menerima lebih 200,000 tontonan dan lebih 500 komen pengikut.


No comments

Powered by Blogger.
a