Header Ads

'Pengorbanan kita tak sebesar pengorbanan mak ayah' - Netizen Tersentuh Hati Bila Abby Kongsikan Gambar....


Pelakon Abby Abadi ada berkongsi, dia memandikan ayahnya yang uzur merupakan rutin harian setiap pagi kerana kasihan dan tidak mahu membebankan ibunya lagi.

Tambah Abby, sekiranya ada hari yang dia tidak sempat untuk memandikan ayahnya itu, tugas tersebut akan dibantu oleh suami dan anak-anak. Kisah menyentuh hati itu dtelah dikongsikan Abby menerusi sebuah entri di laman Instagram.

“Rutin mandikan Ayah. Usahakan tiap2 pagi. Tapi bila ada hari2 yg tak sempat, rasa berdosa sangat sebab kesian dekat Mak huhu.

“Kadang suami seorang, kadang Sy dgn suami, kadang anak buah yg nama azrai tlg.. ni ada Danish, ajak Danish sekali.. Ayah kita, usahakanlah yg terbaik. Kalau tak anak2 sendiri yg buat, nk harap siapa kan?

“Kita jaga Mak Ayah kita, inshaALLAH esok2 anak2 jaga kita pula kan? Amin,” tulisnya


Tambah bekas pelakon Gerak Khas itu lagi, anak-anaklah yang harus dipertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa mereka kerana kalau bukan anak-anak siapa lagi.Abby turut berpesan sekiranya kita menjaga ibu bapa kita dengan baik, nescaya anak-anak juga akan melakukan perkara yang sedemikian satu hari nanti.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha murni yang ditunjukkan Abby itu dengan menyifatkan kasih sayang seorang ayah tiada galang gantinya.



Usaha murni Abby ini wajar dicontohi oleh semua pihak supaya kita akan lebih menghargai ibu bapa kita  di usia tua mereka sebelum semuanya terlewat bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.




No comments

Powered by Blogger.
a