Header Ads

Pilih Nikah Januari,Ini Dia Wajah Tunang Elfira Loy Yang Dikatakan CEO Telekomunikasi??


Menurut portal hiburan Astro Gempak, aktres Elfira Loy dikhabarkan selamat menjadi tunangan kepada seorang lelaki bernama Muhamad Faris Khairol Anuar yang juga merupakan anak seorang Datuk, kira-kira 9 pagi semalam.

Tidak mahu menunggu lama, pasangan itu dikatakan sudah mempunyai perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka dalam masa beberapa bulan lagi.

Menurut sumber Astro Gempak, Elfira akan berkahwin dengan pengurus besar syarikat telekomunikasi itu pada bulan Januari depan. Pasangan itu tidak mahu bertunang lama kerana sejarah pahit putus tunangnya yang mendapat perhatian luas sebelum ini.


Tambah sumber itu lagi, Muhamad Faris juga baru saja putus cinta pada awal tahun ini sebelum ditakdirkan ditemukan dengan Elfira.

Pasangan ini dilaporkan baru beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta iaitu pada Ramadan lalu sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.



Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada Oktober 2017, namun jodoh mereka tidak kesampaian selepas berpisah pada awal tahun ini.

No comments

Powered by Blogger.
a