Header Ads

Polis Terima Laporan Kes Pegawai Menteri Rakam Bawah Skirt Wanita

Berikutan kejadian rakam skirt wanita pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan sudah pun menerima satu laporan berhubung kes memalukan pegawai salah seorang timbalan menteri iaitu seorang lelaki yang dengan kejinya merakam bawah skirt seorang wanita pekerja kedai cermin mata dengan hanya menggunakan telefon bimbit peribadinya.

Mengikut ulasan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).
“Sehubungan dengan itu PDRM ingin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak menularkan video tersebut kerana kes ini kerana kes ini masih dalam siasatan PDRM,” katanya dalam kenyataan hari ini kepada wartawan.

Datuk Seri Mazlan berkata, jika orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu dalam siasatan kes berkenaan maka bolehlah menghubungi pegawai penyiasat kanan iaitu ASP Azrizal Khairul Abd Kadir di talian 019-2769117 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482233.
Hal Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman telah pun memecat seorang pegawainya susulan daaripada perilaku keji individu berkenaan di sebuah kedai cermin mata ketika timbalan menteri itu sedang menjalankan rawatan.
Datuk Azis Jamman Azis dilaporkan berkata beliau sangat mengambil maklum tentang satu laporan polis dan rakaman video CCTV yang telah pun tular dalam kalangan media sosial dan memecat pegawai berkenaan serta merta kerana tindakan itu amat sekali menjejaskan imej dan kredibiliti beliau selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri serta pejabat Timbalan Menteri yang di sandangnya.

Video yang berdurasi lebih satu minit itu telah memaparkan perilaku pegawai keji berkenaan merakam video di bawah skirt seorang petugas wanita yang berusia 30an di sebuah kedai cermin mata ​​​​​​tular dalam meda sosial. – Kaki Share

No comments

Powered by Blogger.
a