Header Ads

"Saya nak 'enjoy' memasak, makan dan tidur tanpa gangguan" - Nabila Huda

Pelakon Nabila Huda memberitahu dia tidak menerima tawaran berlakon buat masa ini kerana ingin berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu.dia mahu menghabiskan masa bersama keluarga dan menikmati kehidupan di rumah.

"Ada beberapa tawaran untuk drama dan filem tapi saya tolak buat masa ini kerana mahu berehat sebentar dan menikmati masa di rumah bersama anak dan suami. Projek terakhir drama KL Gangster Underworld.

"Saya nak enjoy  memasak, makan dan tidur tanpa gangguan selain melakukan aktiviti harian sebagai isteri dan ibu," ujarnya kepada mStar Online.


Bagaimanapun, Nabila berkata, dia akan ke Itali pada November depan bagi menjalani penggambaran program travelog untuk siaran di Instagram.

"Saya terima tawaran untuk trevelog sahaja kerana seronok dapat berjalan dan bercuti di tempat orang. Insya-Allah November ini saya akan ke Itali sekali lagi. Saya akan ke sana selama tiga minggu, selepas itu juga ada program travelog di Sabah tempat kegemaran saya," ujarnya.


Sementara itu, bercerita tentang Folklore: Toyol, Nabila berkata, dia teruja apabila wajahnya akan ditayangkan di siaran HBO yang boleh ditonton di seluruh Asia. Menurutnya, ia merupakan pencapaian terbaik apabila wajah kita berada di saluran Asia.

"Saya teruja nak tengok wajah di sendiri di saluran HBO, selalu kita tengok filem-filem luar sahaja," ujarnya.



No comments

Powered by Blogger.
a