Header Ads

Sembang Hampir "DICULIK LANUN", Hairul Azreen Bertemu Esscom Besok



Sebelum ini Hairul Azreen pernah mengeluarkan satu kenyataan hampir diculik oleh lanun. Kenyataan kontroversi itu telah menyebabkannya dipanggin oleh pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah Esscom.

Mengikut laporan bahawa dua pelakon filem Paskal, Hairul Azreen dan Ammar Alfian dijadualkan akan bertemu dengan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) pada esok hari.

Pertemuan itu dipercayai susulan kenyataan kontroversi yang dikeluarkan kedua-dua aktor itu yang sebelum ini mendakwa mereka hampir diculik lanun ketika menjalani penggambaran di Sabah.

Kami akan bertemu dengan pihak Esscom pada esok hari. Saya minta maaf tak boleh nak ulas lanjut mengenai perkara ini,” kata Hairul

Hairul ditemui pihak media selepas selesai majlis pratonton filem Paskal di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur hari ini.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM10 juta itu akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 September ini.

Selain Hairul dan Ammar, Paskal yang diarahkan Adrian Teh turut dibintangi Gambit Saifullah, Hafizul Akmal, Taufiq Hanafi, Namron dan Jasmin Suraya Chin.

Paskal turut akan ditayangkan di Singapura, Brunei, China dan Turki.

No comments

Powered by Blogger.
a