Header Ads

Sepatutnya Saya PERDANA MENTERI, Bukan Kamu TUN MAHATHIR ! - Anwar Ibrahim Semasa Saksi Dr M angkat sumpah PM



Singapura: Datuk Seri anwar dalam satu sesi dialog di Singapura berkata bahawa beliau ada timbul perasaan bahawa beliaulah yang sepatutnya mengangkat sumpah jawatan selaku Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Bakal Presiden PKR ini berkata demikian apabila ditanya oleh salah seorang pelajar Singapore Management University (SMU) mengenai apa yang berlegar di fikirannya ketika menonton pacara Tun M dilantik sebagai PM ke7

"Anda mahu saya jujur atau bercakap secara politik? Secara politik sudah tentu saya gembira, semua orang sangat gembira. Tengok, Mahathir angkat sumpah, era baru untuk Malaysia.
"Saya rasa saya sepatutnya berada di situ. Betul, saya ada rasa begitu. Saya tak berbohong kepada anda, saya ada rasa begitu - sepatutnya saya, bukan kamu (Dr Mahathir)," kata Anwar disahut ketawa daripada para hadirin, lapor Channel News Asia.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia ke-7 pada 10 Mei lalu.

Anwar, yang pada ketika itu sedang menjalani hukuman penjara, menonton upacara pelantikan itu dari wad hospital selepas menjalani pembedahan.

Dialog yang berlangsung hampir dua jam itu memberi peluang kepada pelajar negara itu untuk bertanyakan soalan tentang politik semasa Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.
a