Header Ads

kesian baby ni




Pada zaman serba moden hari ini, pelbagai cara penipuan dibuat individu tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan cepat dan mudah. 

Seperti isu yang viral di laman Facebook ini, gambar tiga orang kanak-kanak disalahguna kononnya untuk mencari keluarga angkat, mereka juga didakwa anak yatim kematian bapa.

Marah dengan penyalahgunaan gambar anak, bapa kepada kanak-kanak tersebut tampil buat laporan polis.


Wahai makhluk media sosial mohon bagi kerjasama hentikan viral bahalol korang ni, aku bapak kepada budak-budak yang korang viral. Report polis sudah dibuat dan report SKMM akan menyusul, siapa yang kena bukan hal aku ko jawab sendiri dengan SKMM. Dah rasa banyak sangat duit try la lawan SKMM tu, kalau ada sesiapa berani claim ni anak diorg meh jumpa aku ada benda aku nak cakap sikit…. Ko guna gambar anak aku pi scam orang jadah hape dol. Dah tu ko cakap aku dah mati, anak yatim konon anak yatim abah kau. Ni benda serius bingai pakai otak la nak viral pun. Entah perdagangan manusia ke organ ke scam duit ke.. Apa-apa jadi lepas ni just follow the rules of law. Aku tak ada nak simpati-simpati sangatlah, damage dah jadi pun pandai2 la tanggung. Ini semua bunga-bunga kes2 perculikan supply n demand… I dont give a shit about this, ada benda gua boleh memain bab anak jangan buat main. Sapa dalang dalam sebaran ni jap lagi kene lah kau, ko ingat SKMM tu kedai tepon tepi jalan ke, ID korang semua dalam system diorg je. Lain kali ko snap gambar nenek kau tengah mandi ko hantar kat bersamamu mintak derma. Senang betul carik duit zaman skang ni kan. Meh aku kempen skit
#takpastijangansebar
#shitscamer



Aku mohon maaf kerana beremosi semalam hal penyebaran gambar palsu walaupun aku ada hak untuk beremosi. Aku berpegang pada prinsip stay low and safe dalam kehidupan harian aku. Penggunaan media sosial pun sangat jarang aku gunakan selain jadi bahan ganti buku untuk mendapatkan maklumat. Bila kes ni terjadi aku serahkan sepenuhnya pada undang-undang negara sebab aku tak nak korang dan aku jadi beruk. Ini negara berdaulat ada undang-undang diguna pakai, aku tak tau apa tindakan SKMM tindakan PDRM. Itu semua bukan urusan aku yang aku tau urusan aku untuk membuat laporan atas apa yg aku rasa tak betul so you must deal with it. Just follow the rules of the law. Hal memaaf individu tu terpulang kat hati aku bila dan kenapa aku perlu buat, itu kuasa tuhan thats not mine. Atas apa tujuan korang sebarkan tu aku tak nak tau kut korang nak naikkan rating page ke nak scam orang ke tu bukan hal aku. Yang jadi hal aku gambar anak2 aku korang sapu buat modal. Korang tau tak apa sahaja korang post dalam media sosial ia akan kekal disitu selamanya so berhati2 untuk berkongsi apa sahaja. So sesiapa yang akan terima pangilan pihak berkuasa just deal with it, im done aku pun follow step apa yang pihak berkuasa suruh. We are the system we obey to the system we made.


No comments

Powered by Blogger.
a