Header Ads

Tragedi Ribut Taufan Melanda Jebi Di Jepun,Sharifah Amani Dalam Keadaan Selamat Tapi...


Tragedi ribut taufan yang paling kuat melanda Jepun dalam tempoh 25 tahun baru-baru ini telah menggemparkan seluruh dunia. Ini menimbulkan kerisauan terhadap peminat Sharifah Amani atau Nani yang kini berada di Fujimi-Shi, Jepun

Ramai yang tertanya-tanya keadaan pelakon tersebut bersama rakan pelakon, Iedil Putra, Jit Yang Tung, Thian Siew Kim dan pengarah teater, Jo Kukathas disana.

Pelakon Sepet itu memaklumkan bahawa beliau berada dalam keadaan selamat walaupun beberapa kawasan di negara itu dilanda Taufan Jebi, ketika ini.


"Kami di sini hanya terasa angin yang sangat kencang dan diberitahu, Taufan Jebi tidak akan melalui Fujimi, namun kesannya masih terasa."

"Taufan Jebi lebih ke arah Osaka dan di situ lebih banyak kerosakan yang dirasai."


"Sesetengah orang, kadang kala akan mengalami pening kepala kerana perubahan tekanan cuaca ini dan saya sendiri mengalaminya."


"Saya terpaksa berhenti berlatih buat seketika untuk berjumpa doktor dan doktor kata ‘vertigo’ yang saya alami adalah perkara biasa dan sering berlaku akibat perubahan cuaca di sini."

Nani tetap bersyukur kerana dia dan rakan pelakon dalam keadaan selamat dan masih lagi mampu untuk meneruskan latihan teater. Tambahnya lagi, ini merupakan kali pertama buat mereka dalam menghadapi cuaca tersebut.


Nani dan rakanya berada di negara matahari terbit itu bagi menjalani latihan sempena pementasan teater berjudul Beautiful Water kerjasama tiga negara iaitu Jepun, Malaysia dan Indonesia sejak 28 Ogos lalu sehingga 13 Oktober depan.


 JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE


No comments

Powered by Blogger.
a