Header Ads

Kesian Saleem



Semalam kita dikejutkan dengan kemalangan penyanyi terkenal saleem selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika vokalis itu keluar membeli barang. 

Dilaporkan bahawa tulang rusuk Saleem tertusuk hingga ke paru-paru. Namun, isterinya, julia mengesahkan bahawa suaminya kini dalam keadaan stabil. 

Julia berkata pihaknya sedang dalam proses memindahkan Saleem ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Apa yang boleh saya katakan sekarang keadaan Saleem stabil. Tentang apa yang ditularkan mengenai keadaan suami, saya enggan mengulas.

"Bukan saya tidak mahu beritahu tapi tidak mahu kalau cerita orang ingat saya ingin minta simpati tetapi Saleem stabil dan tidaklah seteruk yang diberitahu.

"Pinta saya agar semua peminat mendoakan agar Saleem segera sembuh dan apa yang berlaku ini adalah ujian Allah," katanya.

No comments

Powered by Blogger.
a