Header Ads

Viral Wanita Islam ini Menyertai Miss England 2018

Berikutan tular berita seorang pelajar undang-undang beragama Islam telah menjadi wanita bertudung pertama yang menyertai acara final Miss England baru-baru ini, Melalui Instagram milik Sara Iftekhar akhirnya dihujani ucapan tahniah. Malahan dia kini sudah pun mempunyai lebih 9,000 pengikut di laman sosialnya itu.
Bagaimananpun Sara Iftekhar dari dari kawasan Huddersfield, telah bertanding dengan 49 lagi pesaing lain di Kelham Hall di Newark, Nottinghamshire. 
Gadis manis yang baru berusia 20 tahun itu sering berkongsi gambar mengenai dirinya Instagram dalam pakaian tradisional Negara Pakistan. Selepas memenangi Miss Huddersfield pada 2018, Melalui percakapannya Iftekhar akui pengalamannya menyertai acara final Miss Huddersfield sebagai sesuatu yang sangat luar biasa bagi dirinya.
Walaubagaimanapun, dalam pertandingan ratu cantik yang penuh berprestij tersebut, Sara akhirnya terpaksa akur kepada seorang lagi pencabar iaitu Alisha Cowie dan akhirnya Alisha dinobatkan sebagai Miss England 2018. Iftekhar mendedahkan bahawa dia berkecimpung dalam perniagaan pakaian sejak berusia 16 tahun lagi. “Saya tidak berharap untuk mencipta sejarah tetapi hari ini saya berasa amat bangga dengan diri saya ini.
"Saya ini adalah tetap seorang gadis biasa dan kita semua dan masing-masing mempunyai peluang yang adil dalam pertandingan ini. Ini adalah pilihan saya Jika saya memilih untuk menutup aurat diri dan berpakaian sederhana dan tidak seperti wanita lain yang seksi, ia tidak seharusnya menjadi masalah mengikut hak asasi manusia. Pandangan saya juga sama seperti peserta lain dalam pertandingan tersebut. “Saya menyertai Miss England 2018 untuk menunjukkan kecantikan tidak mempunyai definisi khusus seperti persepsi sesetengah orang lain berhijab juga boleh cantik.
Semua orang berhak untuk cantik dengan cara mereka sendiri, tanpa perlu mengira berat badan, bangsa, warna, bentuk, pakaian atau gaya” katanya. Peserta lain Miss England 2018 termasuk Sophie Hall, yang memiliki parut kekal selepas serangan asid di Timur London dan aktiivis kesihatan mental Sarah-Jane Hulyer.

Pemenangnya, Cowie akan mewakili England ke pertandingan Miss World di Sanya, China, pada bulan Disember. - Kaki Share

No comments

Powered by Blogger.
a