Header Ads

'Ya Allah mengapa berat ujian yang kau berikan padaku' - Anak Menyamun,Ibu Luah Rasa Kecewa Di Facebook


Hati ibu mana yang tidak berasa kecewa apbila anak yang dikandungkan itu bergelar seorang penjenayah kemudian hari.Lebih-lebih lagi apabila ibu tersebut telah mencurahkan segala kasih sayang dan memberikan didikan terbaik kepada anaknya itu.

Itulah apa yang dialami oleh seorang wanita ini setelah anaknya itu menjadi suspek di dalam satu kes samun di sebuah dobi layan diri 24 jam di Sungai Petani,Kedah semalam.



Menurut laporan Utusan,dalam tempoh 15 minit sahaja,dua lelaki bersenjatakan parang berjaya melarikan wang tunai,barang kemas dan telefon bimbit yang dilanggar berjumah RM4,500 di dua lokasi berbeza.


Kecewa dengan perbuatan jenayah anaknya,Dimanakah salah dan silap aku sebagai seorang ibu? Namun apakah daya segala pengorbanan dan penat lelah seorang ibu tidak diambil peduli.

Luahan hati wanita itu telah mendapat perhatian netizen,khususnya dikalangan rakan-rakannya sendiri.Ramai yang meminta wanita tersebut supaya bertabah dengan apa yang berlaku selain meminta menyerahkan perkara tersebt kepada pihak berkuasa sahaja.




Terdapat juga segelintir yang mengecam wanita tersebut dan menyalahkannya kerana tidak pandai mendidik anaknya sendiri namun dipertahankan oleh netizen lain yang lebih memahami.



No comments

Powered by Blogger.
a