Header Ads

8 TEMPAT MENARIK SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA DI CAMERON HIGHLAND


Hai para ibu bapa! Cuti sekolah dah nak dekat kan ? Sebab hujung tahun biasanya waktu yang
paling sesuai untuk ibu bapa bawa anak-anak bercuti ke tempat-tempat menarik dan meluangkan
masa bersama yang tersayang. Tapi, betul ke semua tempat kat Malaysia ni sesuai untuk anak
-anak kita ? Malaysia sekarang cuaca memang fuhh panas berdengkang lah orang kata. Nak keluar
rumah pun kadang-kadang malas sebab cuaca panas yang boleh datangkan bahaya juga pada
diri kita. So kat sini nak tunjuk lah tempat yang best and sesuai sangat untuk anak-anak kita dan
seisi keluarga. Nak tahu kat mana?

Cameron Highland lah tempatnya !

Cuaca pun sejuk, kalau bawa anak-anak masih kecil mereka pun suka sebab biasanya kanak
-kanak ni tak suka kena panas-panas. Ibu bapa pun sama je kan? So jom kita explore apa
tempat dan aktiviti menarik yang kita boleh buat kat Cameron Highland ni terutamanya untuk
anak-anak kita pada musim cuti sekolah nanti……….

  1. BIG RED STRAWBERRY FARM


Orang kata kalau pergi Cameron Highland tapi tak pergi tempat strawberri memang rugi sangatlah.
Banyak aktiviti boleh buat kat ladang stawberi ni contohnya memetik strawberi and makan strawberi
segar terus dari ladang. Menarik kan ? Ada juga kafe kat sini yang menjual makanan dan minuman
berasaskan strawberri. Bukan itu je, kita boleh membeli-belah juga kat sini seperti cenderamata,
t-shirt, teh strawberri dan banyak lagi. Ada juga ladang strawberri lain kat sini seperti :

  • KHM Strawberries and Jam, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata
  • EQ Strawberry Farm, Brinchang
  • Kok Lim Strawberry Farm, Brinchang
  • Raju’s Hill Strawberry Farm

2. KEA FARM TAMAN RAMA-RAMA

Ianya terletak di Kea Farm atau lebih tepat berhampiran masuk Sungei Palas Tea Centre dan hanya
di tepi jalan utama. Bayaran sangat murah dewasa cuma RM5 dan kanak-kanak RM 2 sahaja.
Anak-anak kecil memang suka kan rama-rama sebab cantik dan sedap mata memandang. Tapi,
kalau ada yang takut rama-rama sebab sifatnya suka terbang, boleh juga tengok haiwan lain kat
sana macam lelabah, kala jengking, reptilia, arnab, katak besar, serangga unik iaitu leaves bug
dan macam-macam lagi.



3. 5D ART MUSEUM


Muzium ini katanya adalah yang paling besar di Malaysia dan yang pertama di Cameron Highland.
Kebanyakan tempat di pelusuk negeri sudah pun ada muzium seperti ini. Tapi, sebab ini muzium
terbesar so rugi lah kalau tak pergi kan ? Bagi yang belum pernah pergi, muzium ni sangat best
sebab biasanya muzium tak semua orang suka kerana kurang minat dengan sejarah-sejarah
terdahulu.

Tapi muzium ini berbeza sangat! Ianya adalah lukisan atau mural yang terdapat di dinding seolah
-olah membawa anda kepada dunia fantasi penuh keajaiban lebih-lebih lagi apabila sudah ada
dalam camera telefon anda!

Waktu operasi adalah setiap hari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Harga pun sangat mampu milik
iaitu tiket dewasa RM25 manakala kanak-kanak hanya RM20 sahaja.

Semestinya menjadi kesukaan anak-anak anda yang gila bergambar. Tak percaya ? Tengok
gambar ni!


4. CACTUS VALLEY

Para ibu si penggemar pokok kaktus boleh berkunjung ke Cactus Valley kerana pelbagai jenis
kaktus dijual di sini and ada yang unik bentuknya tak pernah lihat sebelum ini pun ada! Masuk
adalah percuma je tau. Rugi sangat kalau tak masuk Cactus Valley.



5. CAMERON ADVENTURES

Tak ramai yang tahu ada tempat ini. Jadi pada anak anda yang gemar aktiviti lasak boleh pergi ya.
Tempat cantik, cuaca sejuk, main aktiviti lasak pula. Memang seronok tak terkata!

Tempat ni memang ada tarikan yang berbeza dari sebelumnya. Contoh aktivti lasak yang ada
ialah menaiki 4x4 Safari, ATV Safari dan ATV Extreme. Cuma di Ladang Teh sahaja!

Harga pun terlajak murah dan mampu milik.

4X4 Safari- RM10 (DEWASA), RM5 (KANAK-KANAK)
ATV Safari - RM45 (SEORANG), RM60 (BERDUA)
ATV Extreme - RM 60 (SEORANG)
(Source: https://goo.gl/JReJuL)


6. LAVENDER GARDEN


Saya kira ini adalah tempat paling cantik lah di Cameron ni. Mata sejuk je memandang bunga-bunga lavender berwarna-warni di sini. Bagi yang gila bergambar sangatlah sesuai untuk merakam kenangan di sini. Apa yang menarik, kat sini pun ada kebun strawberrinya yang tersendiri. Selain itu, ada tanaman sayur-sayuran dengan kaedah hidroponik. Tak perlu risau lapar lah sebab ada cafe disediakan di sini begitu juga dengan cafe cenderamata.


Paling penting, aiskrim lavender jangan lupa cuba ya !


7. 200 SEED CAFE BY ABANG STRAWBERRY


Asyik tempat lawa-lawa je, tempat makan ada tak agaknya ? Mestilah ada! Cafe ni paling famous nasi lemak strawberri dia. Memang tak pernah tak penuh mungkin sebab memenuhi rasa tekak orang Malaysia! Pelbagai menu lain pun ada semuanya berasaskan strawberi. Boleh waze je nak ke sini.



8. PASAR MALAM CAMERON HIGHLAND

Semua orang tahu, orang Malaysia memang gemar untuk ke pasar malam sebab syurga makanan. Apa yang menarik pasar malam Cameron Highland di Cameron Golden Hills (dulu di Bricnhang) adalah strawberri yang segar-segar, sayuran, produk dari lebah dan juga jagung mutiara. Makanan berat dan ringan pelbagai pilihan ada di sini. Apa yang bezanya adalah kita pergi pasar malam dengan cuaca sejuk walaupun bersesak kerana ramai orang. Jika di tempat lain habis berpeluh bukan? So apa tunggu lagi, wajib pergi tau!







No comments

Powered by Blogger.
a