Header Ads

Artis Elyana Mendedahkan Dirinya Berisiko Lumpuh dan Mengalami Tekanan punca komen Netizen


Pelakon dan penyanyi Malaysia, Elyana, atau nama sebenarnya
Erneelya Elyana Emrizal, 30, terkenal dengan tajuk lagu
‘Tak Tercapai Akalmu’ suatu ketika dulu, memberitahu umum
sel kanser kelenjar yang dihadapi dirinya sejak tujuh tahun lalu
sudah merebak ke bahagian tulang belakang hingga menyebabkan
dia sukar berjalan.

Elyana memaklumkan bahawa dirinya berisiko lumpuh
sekiranya sel yang bersarang di bahagian berkenaan tidak
dibuang. Elyana terpaksa melakukan gerakan yang terbatas akibat
daripada kesakitan di bahagian belakang yang menyakitkan.

Artis Malaysia ini telah muat naik pautan video di Instagram
beliau menerusi Insta Story peribadinya, berkongsi situasi
yang dihadapi ketika ini bersama 736000 pengikut. Paling
menyedihkan, terdapat komen negatif yang diutarakan oleh
pengikut di Instagram miliknya. Tak sepatutnya kita mengatakan
yang tidak baik pada orang lain. Nasib kita nanti belum tahu
lagi kan ?

Walau bagaimanapun, Elyana mempunyai ahli keluarga
dan rakan-rakan artis yang sentiasa memberi semangat
dan mendoakan beliau. Antara rakan artis yang menyokong
beliau adalah Sherry Ibrahim menerusi Instagramnya,
memberitahu agar jangan memberi tekanan kepada
rakan artisnya yang sedang kesakitan melalui kata-kata
negatif. Semoga Elyana beransur pulih dan kembali sihat
untuk melakukan rutin sehariannya.

Gambar Sherry Ibrahim datang melawat rakan baiknya, Elyana.




A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on


Insta Story milik Sherry Ibrahim memberitahu semua agar
tidak membuatkan rakan baiknya, Elyana bersedih dan tertekan.
Komen-komen pengikutnya di Instagram peribadi milik Elyana.

(Source: Sherry Ibrahim's Instagram)


No comments

Powered by Blogger.
a