Header Ads

Elakkan penggunaan produk-produk kosmetik mengandungi merkuri.

Wanita dan kecantikkan memang tidak dapat dipisahkan, namun kini lelaki juga sudah semakin jauh kehadapan apabila mereka sendiri turut menitikberatkan soal kecantikkan tak kira wajah mahupun penampilan.


Cara yang paling mudah ialah mendapatkan nombor pendaftaran dari Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlulah berdaftar dengan PBKD. Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat digunakan oleh orang awam. Produk yang berdaftar dengan PBKD mestilah mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu nombor pendaftaraan dan pelekat hologram yang tulen. Nombor
pendaftaran biasanya dimulai dengan ‘MAL’ diikuti dengan 8 nombor dan diakhiri dengan huruf.


Untuk menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada 'Registered Product Search' (Quest 2 & Quest 3)  dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian. Untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, gunakan dekoder Meditag yang terdapat di kedai farmasi yang berhampiran.
Tips-tips memilih produk Kecantikkan yang selamat.
  1. Mendapatkan produk-produk di farmasi dan drugstore terpilih di seluruh Malaysia serta mendapat ujian makmal. 
  2. Minta bantuan ahli farmasi atau doktor pakar untuk masalah kulit masing-masing.
  3. Menyemak kandungan produk kecantikkan dan memastikan tiada kandungan dari haiwan, bebas merkuri dan dari sumber yang meragukan.
  4. Bertukarlah kepada produk yang berasaskan tumbuhan.
  5. Elak produk yang menjanjikan perubahan serta merta bagi mengelakkan penggunaan merkuri.
(Source: Berita Harian)

No comments

Powered by Blogger.
a