Header Ads

GEMPAR! Nahas Pesawat Lion Air Terhempas di Sumatera


Pesawat Lion Air hari ini terhempas dan agensi mencari dan penyelamat Indonesia mengesahkan bahawa pesawat itu menuju ke Pulau Pangkal Pinang di Sumatera dari Jakarta.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pesawat berkenaan adalah Boeing 737 MAX 8. Pesawat terbabit dilaporkan putus hubungan dan hilang dari radar selama 13 minit selepas berlepas.

Baru beberapa minit tadi, Bot Tunda yang datang menyelamat telah menjumpai beberapa serpihan pesawat seperti casing phone.

Mengikut jadual sepatutnya pesawat itu mendarat di Pangkal Pinang pada 7.20 pagi (waktu tempatan).

Walau bagaimanapun, sehingga kini, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan belum dipastikan lagi samada rakyat Malaysia terbabit dalam kes ini atau tidak. Semoga kerja mencari dan menyelamat mangsa kejadian dapat diselesaikan segera oleh pihak penyelamat.




BEBERAPA serpihan daripada pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di perairan Karawang, Jakarta Utara. - Foto ihsan Sutopo Purwo Nugroho.

(Source: Berita Harian Online)

No comments

Powered by Blogger.
a