Header Ads

Postur Depan Komputer : Adakah Anda Duduk dengan Betul ?


Tahukah anda ? Postur yang baik amat berkait rapat dengan struktur tulang, otot-otot dan juga peredaran darah. Sakit belakang juga sangat sinonim dengan orang yang kerja menghadap komputer setiap hari. Oleh itu, gunakan teknik postur yang betul untuk ubah gaya hidup yang membuatkan pinggang anda merana.


Sila perhati gambar di atas dengan teliti dan cuba perhatikan cara kita duduk sekarang. Kalau salah, ubah dengan segera. Jika anda tak ubah dari sekarang, ia boleh menyebabkan risiko di masa akan
datang.


Gambarajah di atas menunjukkan kesejajaran yang betul bagi bahagian-bahgian badan ketika duduk. Kepala dan punggung berada pada garisan lurus. Ini menunjukkan postur duduk
yang paling tepat. Jika anda membongkok ke depan, berat badan juga tidak disokong sepenuhnya oleh punggung. Lepas tu, mula lah rasa sakit pinggang…..

Berikut ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk dapatkan postur yang betul di hadapan komputer :
  1. Letakkan bantal/kusyen kecil - di sebelah bawah punggung anda
  2. Sesuaikan postur tubuh - di sarankan tidak membongkok, tidak terlalu dekat dengan keyboard dan skrin serta tidak menyilang kaki
  3. Banyakkan bergerak - elakkan duduk seharian duduk kerusi. Bangun dan berjalan setiap 15-30 minit untuk meregangkan otot.



No comments

Powered by Blogger.
a